kesan semangat perpaduan di sabah
kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara .
Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum serta etnik. Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.
Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.
Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.
Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.
Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangat dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.
RHASYEIDAH BTE ZULLPIKAL
No comments:
Post a Comment