Sunday, 28 September 2014

Tokoh-Tokoh Pejuang Di Sabah.

Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkaman penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963 .Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan penjajahanselama 82 tahun sudah cukup mengajar betapa bermaknanya sebuah kemerdekaan.Tokoh-tokoh ini berjuangdengan hartamasatenaga,pemikiran serta nyawa menghalau penjajah dari  terus berkuasa memonopolinegeri Sabah.
DATU TATING
• Beliau tidak senang akan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan Sulu .
•Beliau dengan berani menyerang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1773 di Pulau Balambanganbersama para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan Iranun.
•Kemarahan bermula apabila John Robert mengacukan senjata ke arah pengikutnya . Tindakan John Robertseolah-olah tidak menghormati bangsanya .
Beliau dan pengikutnya berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 jam.
Beliau menggempur Port British di Balambangan dengan 300 orang pengikut tidak sampai 3 jam.
Aktiviti menentang British kemudiannya menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk , TelukMarudu dan Relau .

SHARIF OSMAN
     Penentangan oleh Sharif Uthman sekitar 1830an di Teluk Marudu terhadap Syarikat Hindia TimurInggeris merupakan penentangan terbesar di Sabah.
Beliau bersama pengikutnya seramai 2,000 orang yang terdiri daripada orang Bajau dan Iranun telah mencabarSHTI di perairan Teluk Marudu dengan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah 
Sharif  Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggerisyang diketuai oleh Kapten Mundy.
Pertempuran ini menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman dan beliau juga turut terbunuh 
Walau pun beliau dan pengikutnya tewas, namun semangat juang mereka yang tinggi telah meletakkan pihakpenjajah dalam keadaan tertekan.


SIGUNTING
Berbangsa Dusun Mumus dan berasal dari
    Kampung Sorinsim di kaki Gunung Tambuyukan.
Kemarahan Si Gunting bermula apabila
    cukai yang tinggi dikenakan kepada masyarakat Dusun .
Kemarahan beliau bertambah dengan cerita seorang penjajah menjalinkan hubungan dengan seoranggadis Dusun di kampung Timbang Batu tanpa megikut adat istiadat nikah kahwin masyarakatDusun.




Tindakan sedemikian merupakan satu pencabulan yang mencemarkan kesucian adat istiadat kaum Dusun.
Beberapa siri serangan dilakukan oleh Sigunting untuk menghalau penjajah
Tetapi , pasukan Sigunting bukanlah sebuah pasukan tentera yang lengkapTindakannya tidak mampumelemahkan kekuasaan penjajah .
Sigunting menjadi buruan penjajahNamun kelicikan & kepintaran Sigunting menyebabkan penjajah tidakdapat menangkap beliauAkhirnya pihak penjajah mengambil keputusan untuk berdamai denganSigunting.
Sigunting  menetap di Kg.Sorinsim,Marak Parak hingga akhir hayatnya.


ONTOROS ANTANOM

Ketua orang Murut di Rundum.
Penentangan disebabkan: 
Cukai yang membebankan Orang Murut .
SBUB melarang membuka tanah baru .
Orang  Murut menjadi buruh paksa.
Keluarga dizalimi.
Penentangan pada 1915
•April 1915-  Antanom membina kubu di bawah tanah di Sungai Selangit . SBUB menyerang kubu  Antanom selama 6 bulan.
•Mac 1915- Antanom memimpin Murut menyerang Rundum , pusat pentadbiran dimusnahkan.


•Februari 1916- Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan. 
Akhirnya , Ontoros Antanom terkorban.
orang kanannya dibuang daerah ke Kudat .Pengikutnya dijadikan buruh paksa.

DATU MAT SALLEH
•Berasal dari suku Suluk Paitan .
•Penentangan Mat Salleh disebabkan peraturan dan syarat yang diperkenalkan membebankan penduduk.
•Pendapatan Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
•Inggeris tidak menyenangi perbuatan itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan lalu menyerang kubu Mat Salleh di Sungai Sugut. 
Walaubagaimanapun,Datu Mat Salleh dapat melepaskan diri.
Penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris bermula pada Julai 1897.
Beliau dan pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Syarikat Hindia TimurInggeris di Pulau Gaya.
Beliau juga telah menyerang dan membakar pejabat Residen di Ambong .
Pada Disember 1987,  Inggeris menyerang Kubu Mat Salleh di Ranau . Pihak Inggeris tewas termasukJones yang mengetuai serangan.
Pada Januari 1898 , Inggeris sekali lagi menyerang Kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yanglebih besar .
Mat Salleh dan pengikutnya mengundur diri dan membina Kota Pertahanan baru di Tambunan.
Setiap penjuru Kota dikawal dan terdapat jalan bawah tanah rahsia digunakan untuk memita bantuandari luar kota .
Kejatuhan Kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Syarikat Hindia Timur Inggeris .
Peristiwa itu juga menandakan gugurnya pejuang Mat Salleh . ( 31 Januari 1900)

PAK MUSA



    Datuk Maharaja Musa Unggu atau lebih dikenali sebagai Pak Musa.
 Menggunakan perniagaan satukan
     masyarakat untuk melawan Jepun.
Kaedah perniagaan mirip sistem koperasi iaitu pelbagai hasil tani dan haiwan buruan dikumpul kemudian dipasarkan ke Brunei Darussalam dan Singapura.
Beliau berjaya memajukan orang Kadazandusun , Sungai, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort .
Jepun mengganggap beliau dan pengikutnya satu ancaman dan dianggap bersekutu dengan British.
Askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya dan mereka enggan berundur.
Mereka menyerang balas setiap kali masyarakat pribumi di Membakut dan Beaufort dibunuh ,ditindas dan diugut penjajah.
Jepun yang meyedari  sukar untuk megalahkan Pak Musa mengugut akan menangkap danmembunuh keluarganya . Pak musa mengambil keputusan menyerah diri.
Akhirnya , askar Nippon telah bertindak kejam membunuh Pak Musa dengan memancung kepalabeliau.

KESIMPULAN

Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Misi perjuangan mereka adalah pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeskploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya di Sabah .
Sebagai seorang rakyat Sabah , kita seharusnya mengenali para pejuang negeri Sabah dan menghargai perjuangan mereka .

BINCANGKAN KEDUDUKAN ISLAM SEBAGAI AGAMA RASMI DI MALAYSIA

Agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-agama lain di negara ini.
-Initerbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya.
-Dalam konteks negeri-negeri pula,hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. 
-Peruntukan seumpama ini merupakan kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911.
-Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan. Walaupun Perlembagaan persekutuan ini telah diiystiharkan sebagai undang-undang tertinggi negara, namun peruntukan mengenainya hanya diletakkan pada Perkara 4. Manakala, bagi Islam pula, kedudukannya yang istimewa telah diberi keutamaan tertinggi dari segi urutan apabila ia diletakkan lebih awal dalam Perkara 3. Meletakkan Agama Islam di awal bahagian dalam Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya. 
-Perlu diingat bahawa, walaupun Perlembagaan itu adalah undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya, namun harus diingat bahawa Islam yang meliputi undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri. Dengan kata lain, undang-undang.
-Islam itu adalah sebahagian dari kandungan  Perlembagaan itu sendiri.Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.
-Kedudukan Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan . Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun pada kurun ke-15 telahpun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka.
-Walaupun undang-undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah. 
-Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menghayati sejarah negara. 
-Tujuannya,agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.

Bincangkan konsep kebebasan beragama di Malaysia

Bincangkan konsep kebebasan beragama di Malaysia


KEBEBASAN BERAGAMA DI MALAYSIA DI BAWAH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perkara 11. Kebebasan ugama.
(1) Tiap-tiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan ugamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4),mengembangkannya.
(2) Tiada sesiapa pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai jika pendapatan dari cukai itu adalah diuntukkan khas sama ada kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud-maksud sesuatu ugama yang lain daripada ugamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak—
(a) menguruskan hal-ehwal ugamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggara yayasan-yayasan bagi maksud-maksud ugama atau khairat; dan
(c) memperolehi dan mempunyai harta serta memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-undang.
(4) Undang-undang Negeri dan mengenai dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam.
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau akhlak.

Sumber : International Law Book Services
(Setakat Pindaan Hingga 10hb June 2009)

KESAN SEMANGAT PERPADUAN DI SABAH

kesan semangat perpaduan di sabah



 kerajaan berusaha untuk menyatukan hubungan etnik, perpaduan dan integrasi amat penting bagi mewujudkan kestabilan politik dan seterusnya pembangunan negara berjalan rancak tanpa sebarang gangguan ataupun berlakunya prasangka antara kaum.Selain itu juga  Integrasi kaum dan hubungan etnik sangat penting supaya tenaga negara dapat disalurkan kepada memajukan negara .Selaras dengan harapan pemimpin negara untuk mencapai negara maju menjelang 2020.Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum dan etnik, perkara ini dianggap penting kerana kemajuan sesebuah negara adalah bergantung kepada perpaduan rakyat di negara . 
Dalam bidang ekonomi pula ketidaksamarataan telah mewujudkan jurang yang sangat besar antara kaum dan etnik dan ia menjadi penghalang kepada integrasi dan perpaduan kaum serta etnik.  Lantaran itu kerajaan telah mewujudkan usahawan-usahawan Melayu dengan cara memberi bantuan, pinjaman ,lessen dan kontrak pekerjaan.Di samping itu juga agensi kerajaan seperti PERNAS,MARA dan UDA turut membantu orang Melayu dengan aktif terutama dalam bidang perniagaan agar matlamat Dasar Ekonomi Baru tercapai. Kerajaan juga mengalakkan kaum bumiputera membeli saham tajaan kerajaan seperti MARA dan PNB. Tidak ketinggalan juga kerajaan telah membangunkan tanah seperti FELDA, RISDA , KEJORA , KESEDAR dan FELCRA unbtuk mermbangunkan kedudukan ekonomi dan sosial kaum bumiputera.

Pembangunan tanah secara berkelompok atau menggunakan pendekatan agropolitan akan dilaksanakan untuk pembangunan pertanian kepada masyarakat Orang Asli serta Bumiputera Sabah dan Sarawak. Pemberian tanah ini untuk golongan ini akan membolehkan mereka memajukan dengan bantuan kerajaan. Di samping itu mereka turut diberi akses yang lebih baik kepada infrastruktur  dan kemudahan awam seperti jalan, pendidikan dan kemahiran. Kerajaan tidak mahu ada golongan atau kumpulan yang tertinggal dalam pelaksanaan RMK 10 kerana keadilan sosial perlu diutamakan. Pemberian tanah serta usaha memajukan pertanian secara berkelompok  membolehkan mereka menikmati pendapatan yang lebih lumayan.

           Dalam bidang sosial dan kebudayaan amalan pengkongsian pelbagai kaum dan etnik telah dilakukan semenjak merdeka lagi terutama dalam bidang pendidikan .Kurikulum pendidikan juga telah diubahsuai bagi pengenalan kepada unsur budaya pelbagai kaum dan etnik yang terdapat di Negara kita. Pengiktirafan kerajaan terhadap kepentingan pendidikan yang berteraskan agama juga tidak ketinggalan dalam perancangan RMK10. Bantuan merupa dana tahunan disediakan untuk sekolah-sekolah agama, sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil juga kepada sekolah mubaligh . Ia adalah bertujuan memupuk hubungan antara kaum dan etnik, supaya kaum-kaum lain yang terdapat di Negara kita tidak terasa dipinggirkan oleh kerajaan.

Satu daripada penanda aras atau indikator negara maju ialah penjagaan dan perkhidmatan kesihatan yang lengkap di samping rakyatnya sihat dan cerdas. Penyediaan kemudahan kesihatan yang menyeluruh serta bertaraf dunia telah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Kerajaan sentiasa memastikan tidak ada kawasan atau rakyat yang tidak mendapat perkhidmatan kesihatan di negara ini. Sejak RMK pertama  hingga RMK10 perkhidmatan kesihatan sentiasa diberi perhatian yang serius oleh kerajaan. Banyak hospital, pusat kesihatan, klinik, klinik bergerak tidak ketinggalan juga hospital pakar telah banyak didirikan di setiap negeri dalam negara ini. Peruntukan yang berbilion ringgit setiap tahun telah diberi kepada sektor kesihatan bagi menjamin kualiti kesihatan kepada rakyat. Ia dalaha bertujuan menjamin kesihatan rakyat terjamin tanpa mengira bangsa contohnya dengan kewujudan Klinik 1 Malaysia. Tanpa mengira lokasi sama ada bandar, pedalaman atau taman perumahan, kerajaan sentiasa menyediakan kemudahan kesihatan kepada rakyat. Tidak ada mana-mana kawasan atau rakyat yang terpinggir daripada menikmati peluang kesihatan percuma di negara ini. Keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan kesihatan bertujuan mewujudkan rakyat Malaysia yang sihat, cergas dan mampu melaksanakan pembangunan untuk negara atau menyumbang secara yang mampu.

Tolak ansur dalam budaya juga telah menambahkan kemesraan antara kaum dan etnik apabila bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi dan bahasa ibunda lain masih boleh digunakan dengan bebas tanpa sekatan. Kaum-kaum lain dan kumpulan etnik bebas mempelajari bahasa ibunda tanpa dikenakan hukuman. Begitu juga dengan amalan budaya lain masih boleh diteruskan oleh komuniti walaupun budaya Melayu jelas diamalkan di Negara kita. Tolak ansur ini bertujuan menjaga perasaan semua kaum dan etnik di Negara kita supaya semua prasangat dapat dihapuskan. Kerajaan juga tidak lupa menganjurkan kongsi raya bagi mewujudkan penyatuan dalam konsep 1 Malaysia. Begitu juga kunjungan muhibah yang diadakan sempena rumah terbuka setiap kali perayaan yang diadakan oleh Perdana Menteri dan ahli kabinet lain.
https://www.youtube.com/watch?v=_p_PI074l-8

RHASYEIDAH BTE ZULLPIKAL

KONSEP TOLERANSI BERAGAMA DALAM MASYARAKAT SABAH

Malaysia diiktiraf dalam mengamalkan sifat toleransi dalam beragama. Kekaguman banyak pihak atas sifat dan persefahaman ini membawa kepada wujudnya pelancongan budaya dalam kalangan warga asing. Jelas keharmonian antara agama merupakan suatu perkara yang unik di Negara bertuah ini.

Konsep ”Satu Malaysia” yang telah diilhamkan oleh Perdana Menteri, Dato Sri Mohd. Najib Tun Razak pada tahun 2009 amat bertepatan ketika rakyat di Negara sedang merayakan ulang tahun kemerdekaan kali ke-52 selaras dengan visi kerajaan pimpinan Perrdana Mentreri yang menjurus ke arah matlamat baru iaitu, "rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan." (People first, achievement now).
Di Sabah, rakyat sudah menikmati kemerdekaan kurang daripada 52 tahun kerana Sabah merdeka pada 16 September 1963, namun melalui konsep yang diilhamkan oleh Najib menggambarkan Sabah yang mempunyai lebih daripada 30 etnik sudah lama menempah hidup dalam suasana aman damai setelah terlepas dari cengkaman penjajah Inggeris.

Ramai yang berpendapat bahawa konsep kesatuan itu sebenarnya sudah wujud di Sabah sejak sekian lama, ini disebabkan penduduk di Sabah adalah terdiri daripada rakyat yang mempunyai pertalian hubungan persaudaraan dalam kalangan beberapa suku kaum.

Di Sabah suku kaum terbanyak ialah Kadazandusun. Pada tahun 1970, suku kaum ini merupakan 28.2% daripada jumlah penduduk Sabah. Ketika itu masyarakat Kadazandusun ramai tinggal di kawasan Pedalaman dan kini ramai sudah berhijrah ke kawasan lain. Semantara masyarakat Murut pula ramai yang menetap di Pedalaman sehingga ke kawasan sempadan Kalimantan.

Di kawasan Pedalaman juga terdapat suku kaum Lundayeh yang dahulunya sehingga sekarang ramai tinggal di kawasan hulu Sungai Mengalong dalam daerah Sipitang. Himpunan suku kaum itu juga kini sudah bertaburan di merata tempat di Sabah.

Masyarakat tempatan seperti Murut, Rungus, Dusun Tatana, Dusun Lotud, Bonggi dan lain-lain adalah dikatakan menjadi rumpun Kadazandusun.

Bajau pula adalah masayarakat yang menghimpunkan beberapa serpihan suku bangsa seperti Iranun, Suluk, Ubian dan lain-lain lagi yang ramai tinggal di pesisir pantai dan di tebing-tebing sungai. Mayarakat Bajau yang keseluruhannya beragama Islam dikatakan antara penduduk yang terbanyak di Sabah. Suku kaum ini juga terdapat di seluruh negara.

Terdapat juga suku-suku bangsa yang lain seperti Kedayan, Orang Sungai, Iranun, Tidong, Bisaya, Brunei dan lain-lain lagi. Masyarakat Brunei sudah mula menetap di Pantai Barat Sabah sejak wilayah tersebut di bawah takluk jajahan Kesultanan Brunei pada zaman dahulu.

Syarikat-syarikat tembakau dan getah yang dipelopori oleh syarikat berpiagam British pada 1880-an telah mendatangkan masyarakat Cina Hakka, Kanton, Hokkien dan Teochew sebagai buruh di syarikat-syarikat berkenaan. Selepas Perang Dunia ke-2, penghijrahan masyarakat Cina ke Sabah semakin bertambah dan sejak itulah masyarakat Cina di Sabah dikatakan yang kedua terbanyak selepas Kadazandusun.

Sejak selepas Perang Dunia Pertama orang Jawa dari Indonesia sudah mula berhijrah ke Sabah. Sejak 1911 kedatangan masyarakat dari Indonesia selain Jawa semakin ramai berhijrah ke Sabah.

Kedatangan masyarakat lain dari Semenjung, Sarawak, Brunei, Indonesia, Fillipina, Eropah dan lain-lain negara ke Sabah semacam tidak dapat dielakkan, tambahan pula kalau mereka datang mengikut saluran yang betul.



Sikap toleransi antara pelbagai kaum di Sabah mula terjalin melalui sistem “tamu” yang wujud sejak Sabah diperintah oleh Inggeris lagi. Semua kaum akan berkumpul di tamu yang sering diadakan di pekan-pekan yang berhampiran. Sistem tamu telah dapat menanam rasa harmoni dan persefahaman antara kaum dan ia berlarutan sehingga sekarang walaupun kesan ideologi politik telah menodai konsep yang terjalin buat sekian lama.

Di Semenanjung, penduduk asalnya ialah Melayu yang mempunyai beberapa cabang suku etnik dan kebanjiran pelbagai etnik sudah mula sejak 3,000 sebelum Masihi lagi. Kemunculan Asia Tenggara terutama sekali Melaka sebagai pusat dagangan utama di Semenanjung pada kurun ke-15 menyebabkan kebanjiran etnik lain datang ke sana dan menetap bersama-sama penduduk tempatan dan mereka kini berstatus orang Malaysia.

Walaupun Semenanjung Malaysia sudah mempunyai pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan, Semelai namun orang Melayu mengikut sejarahnya telah mula menetap di sana sejak lebih daripada 5,000 tahun dahulu. Apabila iklim perdagangan kian rancak kedatangan pedagang yang berbilang bangsa juga kian rancak ke Semenanjung.

Pendatang seperti Cina dan India sudah lama berlaku. Orang Cina mula berhijrah ke Semenanjung sejak kurun ke-19 dan berkerja di lombong-lombong bijih timah, sementara kedatangan masyarakat Tamil India juga berlaku pada kurun ke-19 kebanyakkannya di bawah masuk atas perjanjian koloni Inggeris dan Belanda untuk dijadikan buruh binaan seperti mmbuat jalan raya dan jambatan dan suku kaum ini juga berkerja di ladang tebu, teh, kopi dan getah.

Di Sarawak masyarakat peribuminya terdiri daripada Iban, Melanau, Kayan, Kenyah, sementara lain-lainnya terdiri dairpada Bidayu, Kelabit, Murut, Punan, Bisaya, Kedayan, Brunei, Melayu dan lain-lain.
Pembangunan komposisi masyarakat di Sarawak juga terjadi ekoran aktiviti perdagangan dan perniagaan serta perladangan.

Masyarakat Cina Hakka berhijrah ke Sarawak berlaku pada kurun ke-19 setelah pemerintahan Sarawak diambil alih oleh James Brooke. Bilangan besar masyarakat Cina yang datang ke Sarawak berasal dari Sambas dan masyarakat ini menjalankan perusahaan perlombongan emas. Etnik Hokkien datang ke Kuching sekitar tahun 1980-an. Sekitar tahun 1857, jumlah masyarakat Cina di Sarawak sudah mencecah lebih kurang 4,000 orang.

Rakyat Malaysia semakin bertambah bilangannya, suku kaumnya juga banyak. Dari sudut lain pengaruh setengah-setengah etnik masih mengambil tempat di kalangan masyarakat. Para pejuang etnik masih lagi berusaha untuk menonjolkan etnik masing-masing di mata masyarakat. Ia dilihat semacam ada persaingan antara etnik, ada juga etnik yang terpingir dan terasing serta ada etnik yang begitu menonjol sekali sehingga ia dikenali sebagai simbol dan identiti kebangsaan.

Pun begitu kini konsep “Satu Malaysia” diperkenalkan ia mempunyai dasar rakyat tetap didahulukan dan pencapaian pula perlu akan diutamakan. Kita yakin melalui konsep ini semua rakyat akan dilayan sama rata dengan tidak mengira enik dan status.

Konsep Satu Malaysia adalah dasar baru kerajaan di peringkat nasional yang meliputi negeri-negeri di Semenanjung, Sarawak dan Sabah termasuklah Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan yang akan mencorakkan prespektif seluruh masyarakat.

Konsep Satu Malaysia amat menarik walaupun pengertiannya dalam kalangan rakyat biasa masih kabur. Rakyat percaya para pemimpin di peringkat nasional dan negeri akan memainkan peranan untuk menyalurkan maksud yang tersirat dan tersurat kepada semua peringkat penduduk melalui pelbagai bentuk aktiviti harian.

Satu Malaysia adalah resepi yang ideal untuk semua rakyat Malaysia. Semangat kebangsaan dalam bentuk kesepakatan budaya, kesamarataan hak, toleransi beragama, kebebasan bersuara, hak asasi manusia, setiakawan antara semua kaum amat diharapkan akan menjadi realisasi bagi mencapai matlamat Satu Malaysia.

Perpaduan merupakan matlamat penting bagi negara seperti Malaysia yang boleh menjamin kesejahteraan hidup rakyat yang terdiri daripada pelbagai keturunan dan kepercayaan agama. Perlembagaan Persekutuanpun telahpun menjelaskan matlamat sebenar.

Satu proses yang menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka (rakyat) Petikan dari buku Negara Kita.

Matlamat ini dipercayai akan tercapai dengan mengamalkan konsep dalam Rukun Negara itu.

  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang dan
  • Kesopanan dan Kesusilaan
Lagu kebangsaan Negara Ku juga sebagai petunjuk kepada naluri dan perasaan serta semangat rakyat yang menetap di negara Malaysia yang berperlembagaan dan berparlimen.

Sesungguhnya setiap agama mengajar penganutnya  berbuat baik kepada sesama manusia, menghormati hak orang lain, dan melarang kepada perlakuan yang merosakkan. Inilah yang diterima oleh majority penganut pelbagai agama di Malaysia dan kefahaman ini perlu ditingkatkan demi kesejahteraan Negara tercinta ini.