Sabah sudah melalui separuh abad sebagai negeri merdeka dari cengkaman penjajah SBUB sejak 1881 dan bebas sepenuhnya pada 1963 .Makna sebagai sebuah negara adalah amat bererti buat rakyat Sabah dan penjajahanselama 82 tahun sudah cukup mengajar betapa bermaknanya sebuah kemerdekaan.Tokoh-tokoh ini berjuangdengan harta, masa, tenaga,pemikiran serta nyawa menghalau penjajah dari terus berkuasa memonopolinegeri Sabah.
• Beliau tidak senang akan kehadiran British di Borneo dan Kepulauan Sulu .
•Beliau dengan berani menyerang Syarikat Hindia Timur Inggeris pada tahun 1773 di Pulau Balambanganbersama para pengikut beliau yang terdiri daripada kaum Suluk dan Iranun.
•Kemarahan bermula apabila John Robert mengacukan senjata ke arah pengikutnya . Tindakan John Robertseolah-olah tidak menghormati bangsanya .
•Beliau dan pengikutnya berjaya mengalahkan British dan hanya mengambil masa selama 7 jam.
•Beliau menggempur Port British di Balambangan dengan 300 orang pengikut tidak sampai 3 jam.
•Aktiviti menentang British kemudiannya menular di beberapa bahagian termasuklah di Tempasuk , TelukMarudu dan Relau .
SHARIF OSMAN
Penentangan oleh Sharif Uthman sekitar 1830an di Teluk Marudu terhadap Syarikat Hindia TimurInggeris merupakan penentangan terbesar di Sabah.
Beliau bersama pengikutnya seramai 2,000 orang yang terdiri daripada orang Bajau dan Iranun telah mencabarSHTI di perairan Teluk Marudu dengan menyediakan kubu bagi menghadapi serangan askar penjajah
Sharif Osman yang berkubu di muara sungai Marudu telah diserang oleh satu angkatan kapal perang Inggerisyang diketuai oleh Kapten Mundy.
Pertempuran ini menyaksikan kehancuran kubu pertahanan Sharif Osman dan beliau juga turut terbunuh
Walau pun beliau dan pengikutnya tewas, namun semangat juang mereka yang tinggi telah meletakkan pihakpenjajah dalam keadaan tertekan.
SIGUNTING
SIGUNTING
Berbangsa Dusun Mumus dan berasal dari
Kampung Sorinsim di kaki Gunung Tambuyukan.
Kemarahan Si Gunting bermula apabila
cukai yang tinggi dikenakan kepada masyarakat Dusun .
Kemarahan beliau bertambah dengan cerita seorang penjajah menjalinkan hubungan dengan seoranggadis Dusun di kampung Timbang Batu tanpa megikut adat istiadat nikah kahwin masyarakatDusun.
Tindakan sedemikian merupakan satu pencabulan yang mencemarkan kesucian adat istiadat kaum Dusun.
Beberapa siri serangan dilakukan oleh Sigunting untuk menghalau penjajah.
Tetapi , pasukan Sigunting bukanlah sebuah pasukan tentera yang lengkap. Tindakannya tidak mampumelemahkan kekuasaan penjajah .
Sigunting menjadi buruan penjajah. Namun kelicikan & kepintaran Sigunting menyebabkan penjajah tidakdapat menangkap beliau. Akhirnya pihak penjajah mengambil keputusan untuk berdamai denganSigunting.
Sigunting menetap di Kg.Sorinsim,Marak Parak hingga akhir hayatnya.
ONTOROS ANTANOM
Ketua orang Murut di Rundum.
Penentangan disebabkan:
Cukai yang membebankan Orang Murut .
Cukai yang membebankan Orang Murut .
SBUB melarang membuka tanah baru .
Orang Murut menjadi buruh paksa.
Keluarga dizalimi.
•April 1915- Antanom membina kubu di bawah tanah di Sungai Selangit . SBUB menyerang kubu Antanom selama 6 bulan.
•Mac 1915- Antanom memimpin Murut menyerang Rundum , pusat pentadbiran dimusnahkan.
•Februari 1916- Antanom menyerang Pensiangan dan membakar bangunan kerajaan.
Akhirnya , Ontoros Antanom terkorban.
8 orang kanannya dibuang daerah ke Kudat .Pengikutnya dijadikan buruh paksa.
•Berasal dari suku Suluk Paitan .
•Penentangan Mat Salleh disebabkan peraturan dan syarat yang diperkenalkan membebankan penduduk.
•Pendapatan Mat Salleh adalah daripada pungutan cukai ke atas pedagang-pedagang yang melalui Sungai Sugut pada tahun 1894.
•Inggeris tidak menyenangi perbuatan itu, lalu menyerang Mat Salleh di Jambongan lalu menyerang kubu Mat Salleh di Sungai Sugut.
•Walaubagaimanapun,Datu Mat Salleh dapat melepaskan diri.
•Penentangan Mat Salleh terhadap Syarikat Hindia Timur Inggeris bermula pada Julai 1897.
•Beliau dan pengikutnya menyerang dan membinasakan pejabat Pentadbiran Syarikat Hindia TimurInggeris di Pulau Gaya.
•Beliau juga telah menyerang dan membakar pejabat Residen di Ambong .
•Pada Disember 1987, Inggeris menyerang Kubu Mat Salleh di Ranau . Pihak Inggeris tewas termasukJones yang mengetuai serangan.
•Pada Januari 1898 , Inggeris sekali lagi menyerang Kubu Mat Salleh di Ranau dengan angkatan yanglebih besar .
•Mat Salleh dan pengikutnya mengundur diri dan membina Kota Pertahanan baru di Tambunan.
•Setiap penjuru Kota dikawal dan terdapat jalan bawah tanah rahsia digunakan untuk memita bantuandari luar kota .
•Kejatuhan Kota ini pada tahun 1900 akibat serangan hebat Syarikat Hindia Timur Inggeris .
•Peristiwa itu juga menandakan gugurnya pejuang Mat Salleh . ( 31 Januari 1900)
PAK MUSA
Datuk Maharaja Musa Unggu atau lebih dikenali sebagai Pak Musa.
Menggunakan perniagaan satukan
masyarakat untuk melawan Jepun.
Kaedah perniagaan mirip sistem koperasi iaitu pelbagai hasil tani dan haiwan buruan dikumpul kemudian dipasarkan ke Brunei Darussalam dan Singapura.
Beliau berjaya memajukan orang Kadazandusun , Sungai, Brunei dan Bisaya di Membakut dan Beaufort .
Jepun mengganggap beliau dan pengikutnya satu ancaman dan dianggap bersekutu dengan British.
Askar Nippon memburu Pak Musa dan pengikutnya dan mereka enggan berundur.
Mereka menyerang balas setiap kali masyarakat pribumi di Membakut dan Beaufort dibunuh ,ditindas dan diugut penjajah.
Jepun yang meyedari sukar untuk megalahkan Pak Musa mengugut akan menangkap danmembunuh keluarganya . Pak musa mengambil keputusan menyerah diri.
Akhirnya , askar Nippon telah bertindak kejam membunuh Pak Musa dengan memancung kepalabeliau.
KESIMPULAN
Kemerdekaan yang dinikmati oleh rakyat Sabah pada ketika ini adalah hasil pengorbanan para pejuang yang telah membayar dengan nyawa sekali. Misi perjuangan mereka adalah pembebasan secara mutlak iaitu menghalang penjajah daripada terus mengeskploitasi pemikiran rakyat serta ekonomi demi mengaut keuntungan sepenuhnya di Sabah .
Sebagai seorang rakyat Sabah , kita seharusnya mengenali para pejuang negeri Sabah dan menghargai perjuangan mereka .